Saturday, 3 September 2011

Di dalam buku The AirAsia Story, Tony Fernandes berulang kali menyatakan:

“Kebanyakan orang Malaysia suka melihat perkara negatif. Mereka sering mempersoalkan kenapa kekurangan itu terjadi?

Sebaliknya mereka tidak terlalu lihat apa yang baik seolah-olah bagi mereka yang gagal atau kurang itu adalah salah atau tidak boleh sama sekali.”

Begitu juga seperti yang dikatakan oleh Billi Lim dalam bukunya Berani Gagal.

Kebanyakan manusia melihat bahawa gagal itu adalah salah besar malah seperti satu dosa. Dan selama ini, pelajaran yang sering dilaungkan termasuk di sekolah dan pusat pengajian adalah lebih kepada mencapai kejayaan. Seolah-olah kalau boleh jangan gagal langsung.

No comments:

Post a Comment