Penat sungguh hari nie, tak tau kenapa boleh jadi macam nie. Mungkin MINDA dan badan sama-sama berkerja kot. Ikhsss tak apa demi mencari REZEKI yang dirahmati. Pernah juga terdengar kawan-kawan diluar sana merungut. KERJA macam NAK MAMPUS tapi hasilnya tak ada apa pun.
Mulanya rasa macam bersetuju sahaja..tapi bila difikirkan semula dan teringat kata-kata kak abby "SINAR FM" ..BELUM MASANYA LAGI..BELUM MASANYA UNTUK BERJAYA, BELUM MASANYA UNTUK KAYA dan BELUM MASANYA UNTUK HIDUP SENANG" insyallah ..ianya akan TIBA JUA. Sikap PUTUS asa tadi terus luntur.
kesimpuulannya kita kena bersabar dalam mengharungi masa hadapan. Ada alasannya pada setiap yang berlaku itu.
Hari nie memang penat tapi banyak perkara baru yang dapat dipelajari. Antaranya ialah, HIDUP jangan terlalu sombong dan jangan terlalu angkuh. Walaupun kita berada tinggi dilangit, tetapi insan yang biasa dimuka bumi boleh membantu kita untuk terus berjaya, dan perpatah ada mengatakan JANGAN MENILAI BUKU DARI MUKA HADAPAN....PENAT dan serabut...biasalah tu. Kalau BANDAN dah penat MINDA sure kurang mampu untuk berfikir...Alhamdulilah nasib baik ada seorang insan yang baik. Mulanya tidak lah nak ambil kisah sangat dengan kehadirannya.Dengan penampilan yang agak biasa-biasa. membuatkan sesiapa sahaja tidak akan berminat tentang dirinya. Ahhhh!!! mungkin dia ini tak mampu menjawab SOALAN yang bakal aku kemukakan. Tapi entah macam mana..dengan kuasa Allah tiba-tiba terkeluar pula soalan kepada insan tersebut.
MALU + TERKEJUT pun ada dengan jawapan yang diberikan.JAWAPAN ITU BUKAN SAHAJA TAK PERNAH TERPIKIR MALAH IANYA SANGAT-SANGAT MENAKJUBKAN. Aku yang menuntu ilmu Ke luar negara pun tidak MAMPU berfikir sedemikian rupa. TAPI insan ini yang terlalu BIASA mampu berfikir sedemikian.
YA ALLAH kenapalah MANUSIA nie mudah lupa diri. Bila lihat sahaja insan yang serabut & selekeh sahaja fikiran kita terus kata dia tu 2nd Class atau BODOH. Tapi sebenarnya insan yang seperti itulah mempunyai ILMU yang HEBAT.
Alhamdulilah syukur kepada Allah kerana beliau sentiasa menurunkan ILMU dimana-mana....

No comments:
Post a Comment