Saturday, 27 August 2011

biar MISKIN asal BERGAYA

Buat diHOTEL 5 bintang HUTANG pun 5 BINTANG…..

CANTIK sungguh pelamin u, ya Allah make up u..very the very vazz. Tengok-tengok nie…baju pergh!!!! Sure mahalkan. Pandai u cari designer. Agak-agak berapa RATUS RIBU RINGGIT yang u gunakan untuk majlis perkahwinan ini.

Waah!!! Bestkan kawan-kawan puji melangit majlis perkahwinan anda. 7 hari anda akan tersenyum. Lepas nak masuk ke 31 hari senyuman yang nak sampai ke telingga tu mula dah rasa sengal-sengal. Mana taknya duit dah habis ratusan ribu ringgit, hanya untuk majils yang tak sampai 3 jam sahaja.

Bank mula call, Suplyer mula kol, kakak buat hantaran dah SMS, dan banyak lagi lah yang tak pernah-pernah BBM tetiba muncul. Aaarrrhhh!!! Sekarang baru terasakan.

Saya sebenarnya bukan nak mengata..tetapi inilah KITA. Kalau difikirkan boleh aje berjimat. Tetapi semuanya nak mudah, nak senang, dan nak yang popular. KAK KIAH MAK ANDAM TANJUNG KARANG tak main lah!!! Kesian pada kat kiahkan.

Yang pelik tu..kenapa ye orang-orang sekarang suka sangat nak berlawan-lawan. Nak tunjuk itu, nak tunjuk ini. Boleh dikatakan hampi 80% lebih suka menunjuk-menunjuk dari beralah dengan apa yang ada.

No comments:

Post a Comment