Saturday, 27 August 2011

IRFAN KHAIRI Vs AZMY ORKED

ADA idea tetapi TIADA modal
Posted by Irfan Khairi under Tip Perniagaan

Masalah ini sering saya dengar. Mempunyai idea yang hebat, tetapi, tidak mempunyai modal yang mencukupi untuk mengimplementasikan idea tersebut.

Sebahagian daripada saya akan “kesian” apabila dengar masalah sebegini. Sebab, idea yang hebat sepatutnya diimplementasikan…

Sebahagian lagi daripada saya pula akan “kesian” pada insan tersebut oleh kerana memikirkan idea yang hebat memerlukan modal!

Sebenarnya, idea yang hebat tidak memerlukan modal untuk dimulakan. Kebanyakan idea-idea hebat dipasaran pada hari ini dimulakan bukan menggunakan modal sendiri.

Idea yang hebat sudah pasti akan berjaya menarik dana dari pihak-pihak tertentu seperti:

sponsor
institusi kewangan
kerajaan
orang ramai.
Microsoft di mulakan tanpa menggunakan wang Bill Gates. Pada asalnya, Microsoft mendapat sponsor & funding oleh kerana ia adalah idea yang hebat.

Irfan Khairi Sdn Bhd di mulakan tanpa modal sendiri. Bermula dengan penulisan buku Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar (tidak menggunakan modal, hanya ilmu) dua tahun lalu, dan diterbitkan oleh syarikat lain. Keuntungan royalty digunakan untuk mengembangkan Irfan Khairi Sdn Bhd sehingga hari ini.

Betul… saya tidak gunakan pun wang simpanan saya- hanya menggunakan wang pusingan :)

Jadi, sekiranya anda mempunyai idea hebat, bukakan minda anda bahawa, idea yang hebat tidak memerlukan modal. Idea yang hebat, dapat MENARIK MODAL dengan sendiri!

Mulai hari ini, jangan jadikan modal sebagai alasan tidak mengimplementasikan idea kita. Lihat disekeliling dan bukakan fikiran bagamana untuk meneruskan idea anda.


AZMY ORKED

Bukan nak cakap IDEA IK tu SALAH tetapi sebaliknya TAK BETUL. Nama saya tidaklah sehebat IK, malah tak ada orang pun yang mengenali AZMY ORKED. tah mana datangnya mamat nie aku pun tak tau!!! pandai-pandai sahaja kata IK salah.

Bagi saya IDEA YANG HEBAT sebenarnya memerlukan MODAL. Untuk melaksankan sesuatu itu. Kita seharusnya bersedia tak kira dari apa sekali pun termasuklah wang.

Pengalaman saya pada satu ketika dulu. Saya mempunyai idea nilainya mampu mencecah ratusan berbilion ringgit. APA YANG TERJADI SEKARANG..saya seperti biasa sahaja..masih pakai selipar JEPUN. Kadang-kadang duit nak makan pun tak berapa nak cukup. Kenapa boleh berlaku sedemikian? dunia sekarang terlalu KEJAM.

Anda ada idea..tetapi saya punya WANG dan pengalaman...atau dengan kata lain "terima kasih kerana sudi sedekahkan idea yang hebat itu"...Wang yang diimpikan tadi terlepas begitu sahaja oleh kerana diri SAYA yang tak ada MODAL untuk memulakan PROJEK IDEA YANG HEBAT itu.

IDEA YANG HEBAT bukan menarik modal ..sebaliknya manarik MINAT untuk DICURI...

ITU LAH DUNIA ... IDEA boleh diibarat seperti angin. ADA dimana-mana....

Untuk berjaya kita perlukan MODAL...ianya bukan sahaja modal tetapi NASIB dan orang sekeliling juga turut memainkan peranan penting dalam membina KEJAYAAN.Sekiranya orang disekeliling anda JUJUR untuk membantu..insyallah anda akan berjaya, dan sekiranya orang sekeliling anda menunggu masa untuk mencedok idea anda. Maka anda bersedialah untuk JATUH TERSUNGKUR kembali.

Fikir-fikirkan.

Azmy Orked


p/s idea sahaja tak cukup. Yang penting anda harus cepat untuk bertindak dan kena pandai mencari atau mencipta peluang.


No comments:

Post a Comment