Thursday, 25 August 2011

Macam nak JIMAT bila tiba RAYA?

Baru kejap tadi saya adalah singgah ke kedai hiasan rumah ( bunga, langsir, dll). Terkejut juga dibuatnya bila saya melihat satu gubahan bunga tu. Ya Allah harganya boleh sampai ke RM500, dah separuh gaji dibuatnya. Cuba korang bayangkan apa yang boleh dibuat dengan wang sebanyak itu. Boleh beli barang dapur selama sebulan, boleh bayar bil-bil dan byk lagi.

Kita berbalik pada gubahan bunga tersebut. Saya nie lah beberapa pandai sangat tentang bunga. Tapi alhamdulilah dengan ilmu yang ada sedikit sebanyak dapat membantu berJIMAT. Dari pemerhatian saya gubahan bunga tersebut kalau dibuat sendiri (digubah sendiri) kos nya tak sampai RM120. So u all boleh sangat-sangat BERJIMAT apabila mencipta gubahan yang anda inginkan.

aaaHHHHH!!! Cakap senang lah. Cuba buat!!!

Memanglah cakap senang, tapi masa nak buat tu susah. Ok ok lah…kalau saya nak ajar tentu dah kesuntukan masa. Kat sini saya berikan tips kepada anda semua.

TIPS macam mana ?

Mula-mula korang ambil gambar gubahan bunga yang korang impikan tersebut. Ambil beberapa keeping dan pelbagai sudut. Dari situ korang cuba teliti bunga apa yang digunakan, dan kaji macam mana bunga tersebut digubah, selepas menkaji barulah mula membeli apa yang dinginkan. Harus dingat..anda jangan KECEWA dengan hasil gubahan pertama. LAIN tak semstinya tak CANTEK!!! Insyallah anda mampu melakukanya.

Apabila selesai, barulah anda tahu berapa harga sebenar gubahan tersebut. Macam mana boleh MAHAL? kalau saya buat sendiri lebih JIMAT. Untuk pengetahuan anda, gubahan bunga tersebut sebenarnya tidaklah begitu mahal, yang membuatkan ia menjadi MAHAL ialah KEPAKARAN seseorang itu. Sebenarnya anda bukan membeli bunga tetapi anda telah membeli IDEA dan KEPAKARAN perniagaan tersebut.


SELAMAT MENCUBA…..

No comments:

Post a Comment