Thursday, 25 August 2011

Nak Murah NAK Cantek TAPI....

NAK MURAH, NAK CANTEK tapi...kat mana ye.....

semua orang kat dalam dunia nie nakkan semua tu..tapi tak tau nak dapat kat mana. Yang menjadi masalah..dah lah nak yang semua diperkatakan tadi. Tapi malas nak cari...so macam mana tu? ok ok oklaah...Azmy Tolong....

PERSOALANNYA..apa sebenarnya yang u All nak ? Cocite cocite...

Sebenarnya saya tak salahkan korang...dah dari dulu lagi manusia memang ada satu perangai macam nie. Yang MISKIN tu oklah...nak murah, boleh juga diterima, tapi apa ke hal pulak dengan si kaya raya nie....semuanya tu kan manusia...adat-adat.

Untuk tidak menghampakan korang semua kat sini saya nak bongkar satu RAHSIA yang korang perlu tahu. Sebelum saya terlibat didalam bidang wedding planner ni. Saya merupakan orang-orang biasa saja. Kalau bershoping tu...kena lah bayar dengan harga yang tertera...nak mintak diskau..susah sikit kot. Coz tak pandai nak ayat.

Ada lah satu ketika tu..duit dah tak berapa nak ada (nak cakap bangkrap tak elok lak pulakkan) so terpaksalah tebalkan muka....

"bang! saya suka sangat kat barang nie, tapi saya cuma MAMPU bayar dengan harga ini sahaja. Boleh tak abang beri saya PELUANG untuk dapatkan barang nie? " 

Cuba korang cuba teliti ayat nie..nampak macam POYO tetapi sebenarnya ia sangat-sangat efektif...Manusia nie sebenarnya mempunyai sifat sering bertolak angsur. Mereka sebenarnya mampu beri apa yang anda hajati, kalau boleh sentiasalah jadi insan yang serdahan apabila melemparkan KATA-KATA. tak salah kan!!!! siapa juga yang UNTUNG!!! korang jugak kan..


TIPS yang kedua...JADILAH ORANG BERNIAGA


Alamak!!! aku nie nak beli barang MAMAT AZMY nie suruh aku berniaga lak!!! ops sebenarnya saya bukan suruh anda berniaga..tetapi berlakon sebagai orang berniaga. Sebagai contoh diskaun yang melampau akan anda dapat sekiranya anda mengaku ada adalah seorang perniaga. Alasannya ialah sekiranya anda perniaga  kebarangkalian untuk anda datang semula ke kedai tersebut adalah tinggi berbanding anda memberi alasan "ALA TOKEY..saya ada 78 orang anak..nanti saya datang beli lah lagi. U kasi kurang lah banyak sikit!!" 


Alasan tersebut memang best tetapi si tokey kedai tu agak selalu dah dengar. Dengan cara selamat tokey kedai tu hanya beri diskaun yang agak kecil berbanding anda mengaku adalah anda adalah seorang PERNIAGA...tak percaya cuba lah.

TETAPI!!!! ( apa lagi Azmy ...ada pulak tetapi)

anda perlu ada gaya sebagai seorang PERNIAGA...ya lah..cakap berniaga..tapi ilmu tentang barang tersebut langsung anda tak tau. KANTOI menipu siapa yang malu. So nasihat saya sebelum belakon...buat kerja rumah dulu ye...

Diantara diskaun yang menarik sebanyak 40% , 50 % 60%  yang anda akan dapat dikedai-kedai terkemuka ialah SSF, JAKEL, KK DECO, GULATIS dan banyak lagi.


SELAMAT MENCUBA....

No comments:

Post a Comment